Kek Coklat Butter Kholida ni hampir seminggu baru kubuat & dihantar...sepatutnya dihantar pada 12/12/09 tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ke Kelantan urusan perkahwinan anak buah...balik tu kesihatan tidak mengizinkan...tetapi uminya memujuk Kholida sehinggalah kek Mickey Mousenya dihantar pagi itu... uminya SMS, hari tu baru la senyuman terukir setelah sabar menunggu kek hari lahirnya...berulang2 kemaafan kuminta ttp uminya dengan nada memahami membalas smsku... menurutnya, biarlah kesihatanku pulih dahulu...tak perlu tergesa2...t ksh krn memahami part time baker spt aku...huk hukk..(terharu aku...)
Monday, December 28, 2009
200 Muffin
Inipun tempahan edisi lepas yg tidak sempat diupdate...muffin aneka perasa tempahan rakan suami untuk majlis Hari Keluarga...200 biji campuran muffin coklat moist, pisang, muffin blueberi dan oren...
Juga sebiji kek apa2 perasa menurut si penempah...kek butter blueberi diambil resepi dari blog buahatimak.blogspot.com. Dilapis dengan blueberi jem, topping coklat ganache dan disalut dgn badam slice panggang..
Saturday, December 19, 2009
Cupcake Hantaran Ain (Tema Purple)
Cupcake Vanilla Filling Blueberi....hantaran Ain kpd Eruan nordin pd 12/12/09...gebu dan moist... resipi ini diambil dari buku kak Ita Delight...Muffin & Cupcake..
(sesiapa yang berminat boleh la order..harga amat berpatutan..)
Friday, December 18, 2009
Aneka MufFin
Edisi lepas....250 biji muffin aneka perasa tempahan rakan suami untuk majlis doa selamat...muffin butter oren, muffin aneka coklat (coklat cip nigella, muffin milo double cok cip) & muffin pisang...
Coklat Cip Nigella (Mamafami FP)
Ingredients :
250 g flour
2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon bicarbonate soda
2 tablespoons cocoa powder
175 g castor sugar
150 g chocolate chips
250 ml fresh milk
90 ml vegetable oil
(75 g butter) (I used corn oil)
1 egg (L size)
1 teaspoon vanilla essence
Method :
1. Sift flour, baking powder, bicarbonate soda and cocoa powder into a big bowl. Add in sugar.
2. In a different bowl, combine oil, fresh milk, vanilla essence and egg. Use a whisk.
3. Pour in all the liquid into the dry ingredients. Using a whisk, mix until just blended. Do not overmix.
4. Fold in the chocolate chips.
5. Spoon the batter into the prepared muffin cups slightly more than 1/2 the cup. 6. Sprinkle extra chocolate chips on top.
7. Bake in a preheated oven at 180 c for 20 minutes or until skewer comes out clean.
Tuesday, December 15, 2009
Coco Cheese Muffin
Last month terlebih rajin mencuba muffin coklat...
Best gak Coco Cheese Muffin dari blog http://maklangazie.blogspot.com/2009/11/choco-cheese-muffin.html
Cream cheese takde , aku tukarkan kepada cheese slice yang telah dipotng nipis2...kalu bubuh cream cheese laagi la best...
Monday, December 14, 2009
Kursus Aneka Roti dan Bun
Kursus roti pada 15 Nov 09 yang lepas...tenaga pengajarnya Datin Khairiah dari Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara .. sesiapa berminat boleh masuk website ini http://www.darultijary.com.my/
Ini lah first time join kelas roti ni...aku peminat setia roti, jadi tak rugi ...boleh buat roti sendiri utk anak2 dan seisi keluarga...
Muffin Coklat (Yani Myresipi)
Ni edisi lama...blog yg dah lama tidak diupdate...balik rehat tghri jumaat sempat menjengah ke dapur...ini la hasilnya
Bahan-bahan :
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
( tukar kepada tepung naik sndiri jadi tak perlu baking powder..lebih gebu rasanya...)
1 sudu kecil baking powder
Cara :
Cairkan coklat.
Gunakan kaedah "double boiler" .
Kemudian masukkan mentega.
Kacau sehingga mentega cair.
Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula.
Kacau sampai sebati.
Tak perlu penaik(kembang).
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat.
Kacau biar campuran sebati Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat.
Gaul sehingga sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh.
Bakar selama 20 minit.
Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.
Subscribe to:
Posts (Atom)