Sunday, July 11, 2010

EDISI JUN : KEK dan CUpkek kahwin


Hazlina dr KK telah oder cpkek dan kek perkahwinannya...design Hazlina sndiri emailkan...mnta halal pd empunye gambar kek yer...guna gmbar dpa ...tak tahu siape..
Dua2 adalah kek coklat moist...terima ksh pd Hazlina order kek ini...selamat pengantin baru semoga berbahagia ke akhir hayat..

EDISI JUN : Tempahan CUpcake Kahwin

Tempahan pada bulan Jun lepas...dah berlumut gambo kat dlm pc x smpat kuupdate...oder dari Yan juga...mta maaf ye yan krn akak tertinggal kaler oren dalam cupcakemu...padahal berkali2 baca sms yan...cupcake marble moist...

Saturday, July 10, 2010

LAMA TAK UPDATe....RinDUUUU...

Slm...ada beberapa gambar order lepas yg belum smpat diupdate....biziii sikit dgn kerja2 hakiki.....


Best baca artikel ni ....


KELEBIHAN BERSEDEKAH
‘Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan.Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya’. (Riwayat Muslim)
Sedekah berasal dari kata sadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.

Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material.

Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah. Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.

Perbandingan sedekah menurut Al-Quran
“Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”. ( Al-Baqarah : 261 )

Dipanjangkan umur dan mencegah ajal yang buruk
Maksud sabda Rasulullah saw : “Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya” ( H.R. Tabrani )

Menolak bala bencana
Maksud sabda Nabi saw : “Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah”
( H.R Al-Baihaqi )

Selagi peluang masih ada
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )

(http://www.sabah.org.my/mns/allPDF/TAZKIRAH%2013%20120805%20Kelebihan%20Sedekah.pdf)

Thursday, June 17, 2010

EDISI JUN : KEK BIRTHDAY "ABG"

Kek birthday hadiah utk anaknya yg dipanggil abang...anak lelaki sulung agaknya..kek coklat moist ganache, hias dgn biskut wafer dan coklat smarties...
terima ksh ye krn menjadi sudi order lagi....

EDISI JUN : 600 MUFFIN





Projek 600 biji muffin ....tmpahan awal cuti sekolah ...tempahan dr org tgh utk jirannya...jenuh juga menyiapkan muffin campo2 ini (coklat moist dimuffinkan, cupcake vanilla, muffin vanilla raisin, dan muffin pisang emas....)

Dugaan juga sbb suami hnya dpt menolong di saat akhir, berseorangan akhirnya dpt kusudahkan jua....letih mmg letih tp sbb aku ni tak suka merungut, so semua berjalan lancar...(psttt...: kata org kuat merungut melemahkan badan...semua jadi x puas hati, akhirnya sndiri jugak yg lotih...btul tak..)hehehe...

Tuesday, June 15, 2010

Edisi Mei : Kek Birthday Hakim

Kek birthday coklat moits tempahan kak Azatie, akak blogger yg peramah dari T Intan http://azatiesayang.blogspot.com ...bingkisan bersama kad hari lahir utk anak buah tersayang, Hakim di Ipoh..

Terima kasih banyak ye kak krn sudi menempah drku...semoga silaturrahim terjalin selamanya...

Edisi Mei : Cupcake Hari Lahir

Cupcake vanilla filling blueberi tmpahan Kak Azizah utk anaknya Izzat....terima kasih kerana sudi menempah cupcake ini ye...

EDISI MEI..Cupcake Pertunangan


Salam..masa amat mencemburui aku...hmm...

Ini adalah cpcake coklat moist tempahan Fadilah utk majlis pertunangan. Tatahan strawberi segar disediakan sendiri Fadilah , borong dr Cameron katanya, setelah berpusing2 mencari di sekitar Ipoh tidak dpt kujejaki yg segar bugar...sbb itu lah aku tinggalkan butercream utk tanda letak strawberi ...

TQ byk krn sudi order driku...

Thursday, May 27, 2010

JOM BACE....




Pepagi cuti hari wesak ni tiba2 aku teringat dgn artikel ni...drp disimpan berlapuk eloklah kita kongsi bersama...email dari seorang CEO utk anak buahnya,yg aku dpt last month....aku terharu membacanye...tidak semua apa yg kita mahu kita akan dapat...Allah itu Maha Adil...kiranya kita tidak dpt sesuatu kehendak, Allah akan gntikan ia dgn perkara yg lebih baik lagi...


ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar.. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan.. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita.. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Tuesday, May 25, 2010

KEK COKLAT LAGI


Kek coklat moist dr empunya blog jualan baju kanak2 ni...masih tidak kesempatan menyinggah ...dekat bebeno kedai dgn umahku ini...nnti kita jumpe ye...beberapa order yg terpksa ditangguh atas masalah kesihatan n kursus luar daerah..maaf byk2...jom masuk blog ni ye.. http://bebegaga.blogspot.com/ anak2 slalu ngajak..nanti ummi bwkkan nnti.. tq order ye..

KEK UTK SUAMI TERCINTA

Kek coklat moist Akmal n anak2 utk suaminye tercinta..topping coklat ganache n btercream , hias dgn coklat cadbury...

KEK COTTON CHEESE CHIK


Kek edisi lepas...dah berabuk blog tak update...cotton cheese dgn fresh cream dr ayahanda kpd anakanda chik yg ke12...tatah dgn buah anggur...

Monday, May 24, 2010

KEJUTAN UTK ISTERI


Kejutan utk isteri tercinta dr sang suami...kek coklat dgn topping ganache...di dlmnya dilapisi fresh cream dan blueberi..permintaan diletakkan buahan segar...coklat melingkar spt ubat nyamuk tu dpt idea dr blog umieaisyah http://sweettouchcake.blogspot.com ..thnks umie...dpt ilmu baru...

Sunday, May 23, 2010

Muffin lagi..


Muffin 40 biji , vanilla raisin dan coklat utk jualan dan dipek sebiji2....
Jika berminat boleh order ye...utk doorgift pun boleh...harga boleh dirunding jika dibeli dengan kadar lebih 500...mengikut pilihak cara pek misalnya di dalam plastik, bekas plastik dsb...

KEK BLUEBERI

Kek span lapis dgn blueberi dgn fresh cream. Atas topping dgn fresh cream & coklat ganache...krim tidak berapa gebu ...nmpak comot sikit...order drp seorg abang utk adik bongsunya...

EDISI LEPAS :Muffin 28 peket

Sebanyak 28 pek di dalam terdapat 6 bji setiap pek ...campuran mufin coklat yogurt, pisang, vanila raisin, vanila coklat cip dan pandan..
sesiapa berminat boleh lah order ye..

Friday, May 21, 2010

TEMPAHAN EDISI 2

2 hari selepas itu order dari mak kepada Anis, Pn. Harison, sebanyak 80pcs. Minta maaf byk ye x boleh hias cntik2 sbb casing yg dibeli tudungnya flat sbb dome melengkung atas tu abis stok.., alih2 bila nk tutup comot pulak. So terpaksa buat drizzle coklat dgn buttercream aje...terima kasih ye puan..
Susun ala2 rumah flat...teringat masa dok Pantai Dlm KL dulu...dok kat tingkat 13...memang gayat sgt....

Siap untuk hantar...sapa lg kalu bkn my hubby...tq dear..

TEMPAHAN EDISI LEPAS...

Ni tempahan drp Anis (Hanisah) utk birthday ibunya...awal April lalu...kata Anis, tak nak yg ada krim, ....so aku buatkan coklat moist topping coklat dgn hiasan fondant n bunga gumpaste...

LAMA BERTAPA...

Salam semua...lame sungguh aku bertapa...bbbzzzz skit....kadangkala mood m'update hilang tah ke mana...bagai di bawa bayu laut....aduhh...jiwang melarat plak aku hr ni...pagi ni , tika embunan menitis, kala sunyi sepi, terajin plak nak menaip2...ari ni aku tmbah skit cite2 n gambo2 kek lepas....

Tuesday, April 13, 2010

Cupcake Utk Silmie



Salam...lama tidak muncul & update blog krn kesibukan tugas2 hakiki harian...cupcakes tempahan Yan dr KL kali ketiga utk anak buahnya...ribuan terima kasih Yan kerana sudi lagi menempah cpkek dr Kinacupcakes utk anakbuahnya di Pengkalan...
Yan nak gmbar transformer...teman fenin nak cari yg mudah, so my son telah bg cadangan letakkan simbol transformer. Masih cupcakek vanilla filling blueberi..

Saturday, April 3, 2010

Kek Coklat Edisi Lepas..


Kek diorder K Su utk u/thn kelahiran suaminya...t ksh K Su order kek ini...semoga silaturahim berpanjangan hendaknya...

Friday, March 26, 2010

Cupcake dan Kek Pertunangan Lagi daaa....









Una dan Ucop dua kekasih akhirnya mengikat tali pertunangan dalam majlis yg meriah dgn sanak saudara...anak buah suami, cucu sulung mertua, gadis tunggal dalam keluarga... Husna nak blueberi fresh dari ladang susunan indah bersama strawberi di atas keknya...maaf ye , pak tam tak berjaya mencarinya...yg ada hanyalah strawberi merah menyala.hehe...
Kek coklat moist & cupcake akhirnya sampai ke destinasi...bergolek2 jugak la strwberi tu..

Cupcake & Kek Pertunangan

50 biji door gift cupcakes coklat moist topping ganache + bunga buttercream utk majlis pertunangan Lily dari Kampar...Singkatan NA gabungan nama dua kekasih hati...Lily turut tempah kek coklat topping ganache dan roses buttercream pink maroon. .. tq byk ye..

Saturday, March 6, 2010

Kek Blueberi

Kek blueberi resipi Baipower ..kek butter diadun dengan pes blueberi...lapis fresh cream dan blueberi...topping dg fresh cream dan coklat ganache yg masih cair dan di tepinya ditekap dgn badam slice panggang...diorder kawan suami utk ulangtahun kelahiran isteri tercinta...Tq berbyk ye...

Muffin 1000


500 mufin pisang + 500 cok moist kek dimuffinkan (atas letak badam slice tp yg dlm gmbar ni yg last bancuhan, bdm dah habis...togel je la..). Mufin pisang guna pisang mas, atas tabur cok rice...harum baunya... Ni diorder besan kakakku yg dok di T Intan...kenduri anaknya org Ganu jga...dh dua besan org ganu gitu...
Muffin dipack dlm plastik berbunga ni...Harga 60sen satu...order yg byk boleh dpt murah tau...tp mesti bagitau awal sebulan ye...Mcm akak yg oder ni dh order sjk Dis lepas...TQ berbanyak atas tempahan ini juga buat anakbuah Khalid n Wahida...

OAT SALJU

Biskut Oat Salju enak respi diambil daripada FP Mamfami... oder dari kwn suami...dah dua kali buat, budak2 memang suka...sekelip mata habis dinggaaaaaap..hehe...

Cupcake Edisi Lepas (Feb)


Cupcke Cok Moist Fathin dr Kedah utk temannya Syamim di Ipoh...TQ order ye. Dh lama entry ni tp baru smpat update...

Sunday, February 7, 2010

Cupcake 3 (Edisi Lepas)

Wan dan Dayah dari Melaka order cupcake utk hari lahir ibunya di S Pulai...Ccake coklat moist+ganache+b/cream...lakaran simple aje Dayah...TQ byk2...Cupcake ni ada harga promosi sehingga bulan 2 shj..sudi2kan ye...

Cupcakes 2 (Edisi Lepas)

Yan order set kedua keesokkannya utk hari lahir adiknya...Kartun Naruto jadi pilihan...cupcake vanilla filling blueberi...resipi daripada buku K Ita Delight...tq Yan...

Cupcakes 1 (Edisi Lepas)

Kesuntukan masa nk update order2 lepas...sempat jengah skjap2 jer..Gayat sbb jrg2 membuat cupcake...ini order dari Yan utk kawannya...kata Yan kawannya minat memancing...survey2 kt internet jmpa la gmbo2 ikan seekor dua...jadi la mcm ni...cupcake vanilla filling blueberi...
Tq Yan sudi order cupcake ni...

Friday, February 5, 2010

Kek Nabilah

Kek hari lahir Nabilah...dioder semenjak bulan Dis tahun lepas, namun atas kesibukanku, si penempah telah menangguh sehingga ke tahun baru w'pun aku memberi peluang kepada beliau menempah kek di tmpt lain...terima kasih kerana memberi sokongan kpdku yg masih mentah di arena kek ini..ini adalah regular customer...

Kek Coklat lagi..

Hari minggu lepas, K Mar sekeluarga datang ke rumah mengambil laptopnya yg baru dibeli suami...K Mar sudi menempah sebiji kek coklat butter moist...sebenarnya kek ini memang aku dah rancang utk dihadiahkan shj, tp K Mar beria2 nak membayarnya..atas wafer strawberi dgn coklat putih yg dicairkan...

Cupcakes Izzah

Hari ni Izzah bawa cupcake coklat moist Spongebob ke tadikanya. ulangtahun kelahiran utk bulan Januari ..

Friday, January 22, 2010

Kek Coklat Butter Moist

Kek utk Kak Lang, Afiq...birthday disambut sekali adik beradik bersama Zuhair...kek diorder pukul 3 ptg utk sambutan hari lahir selepas maghrib...

Zuhair dan Ben10

Hari lahir Zuhair ke 4...diorder ibu tercinta ...Ben10 jadi pilihan utk kek coklat moistnya..terima kasih Akma Zuhdi krn sudi menempah kek ini...